Thursday, June 12, 2014

Semua orang ada impian....

Saya tulis blog ni bukan untuk share apa-apa, sekadar membuatkannya menjadi diari hidup saya. Kalau ada orang terjumpa blog saya ni pun takpelah saya tak kisah pun...saya wujudkan blog ni pun sebab seorang wanita. Katanya "Menulis itu DOA". Lantas saya mengambil keputusan untuk menulis semua impian saya. Cuma bezanya, dia menulis dalam diari dan saya memilih blog sebagai kanvas tulisan saya.

Saya mempercayai kata-katanya bukan semata-mata kerana dia, tetapi kerana sepotong ayat yang berbunyi..."Sesungguhnya AKU mengikut prasangka hambaKU" ya kerana ayat ini membuatkan saya mahu ikut menulis.

Mulai hari ini saya mulai menulis semua impian-impian saya. Selain menulis impian saya di blog ini saya juga menulisnya dibuku, supaya senang nak membaca semula impian-impian saya ini.

Ya Allah konsistenkan saya dalam menulis doa dan impian saya...amin